2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

PROGRAM GEN Z: SERVE WITH HUMANITY DI SMKA SHARIFAH RODZIAH MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT

Telok Mas, Melaka 17 Julai 2019 – Serantau Muslim (SM) telah berjaya mendapat kerjasama padu dari 300 orang pelajar dan guru-guru dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah.

 

Program suntikan motivasi yang berlandaskan kesedaran terhadap minoriti Islam di negara- negara ASEAN telah disampaikan oleh wakil SM sendiri iaitu Cik Nurfarahin Ahmad Osman merangkap Pengurus Projek SM.

 

Program yang turut diwakili beberapa kakitangan SM yang lain juga dilihat mendapat sambutan hangat dan berjaya. Alhamdulillah.

 

Program yang bermula jam 2.30 petang itu telah membawa erti dan semangat motivasi instrinsik kepada para pelajar. Rata-rata pelajar dari SMKA Sharifah Rodziah telah memberikan komen dan maklumbalas yang positif kepada SM selepas program tersebut berlangsung.

 

Dalam pada itu, Pengarah Program, Cik Aziemah Md. Hatar turut memaklumkan tujuan utama program seperti itu dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam minoriti serata dunia disamping memberi penekanan berkaitan motivasi intrinsik dan semangat berterusan dalam pelajaran dengan mengambil iktibar keadaan susah anak-anak muda negara luar yang daif.

 

Melalui program itu juga, SM berpeluang mengajak anak-anak muda iaitu diperingkat generasi Z untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan mensyukuri keadaan mereka di Malaysia kerana tidak sesusah mereka yang berada di negara yang mempunyai sejumlah kecil masyarakat Islam yang begitu daif dan miskin tegar.

 

Dalam perkembangan sama, SM turut mendapat sumbangan ikhlas kira-kira RM 314 daripada pihak pelajar dan guru-guru SMKA Sharifah Rodziah. SM mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan yang dihulurkan untuk pihak yang memerlukan.

 

Justeru, SM sangat mengalu-alukan pihak berwajib untuk berhubung secara langsung dengan pegawai SM di talian 03- 03-8408 1789 atau sertai telegram SM di https://t.me/serantaumuslim atau layari laman sesawang SM di www.serantaumuslim.org.my bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan program seperti ini dan beberapa projek lain dibawah kelolaan SM.

 

[Dikemaskini oleh Wardatul Tohirah, 17 Julai 2019, 4.00 petang]