2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMBANTUAN KECEMASANInfo SemasaKenyataan MediaKESIHATAN

PROGRAM BERISEDEKAH.COM TELAH BERJAYA DIAGIHKAN KEPADA PARA FRONTLINERS PADA BEBERAPA HOSPITAL DI MALAYSIA BAGI MEMBANTU MENANGANGI PESAKIT COVID-19

Kutipan dana BeriSedekah.com, hasil kerjasama Serantau Muslim dengan artis duet terkenal tanah air iaitu Ernie Zakrie dan Syamel telah berjaya diagihkan dalam bentuk kelengkapan frontliners di 6 buah hospital yang terdapat di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.

Antara hospital yang terlibat dalam pemberian adalah seperti:

SELANGOR

1. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

2. Hospital Klang (Hospital Tuku Ampuan Rahimah)

NEGERI SEMBILAN

1. Hospital Tuanku Ja’far Seremban.

2. Hospital Rembau

WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Hospital Kuala Lumpur

2. Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Antara kelengkapan yang telah disampaikan ialah hand sanitizer, gaun ISO, sarung tangan, tudung sarung pakai buang, topeng mulut dan peralatan lain yang digunakan para doktor dan kakitangan perubatan hospital bagi menangangi pesakit covid-19. Sumbangan yang terkumpul ini telah banyak membantu SM dalam menjalankan bantuan-bantuan lain seperti BantuanKecemasan.com dan HeroMalaysia.com. Kesemua sumbangan dapat dijalankan dengan baik kepada golongan dan barisan frontliner yang memerlukan.

Semoga frontliner di Hospital yang telah diberikan sumbangan ini dapat melakukan tugas dengan baik dan selamat pada hari raya ini.

Pada masa yang sama, wakil kesemua hospital telah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menyampaikan bantuan secara langsung mahupun tidak.

Alhamdulillah.