2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

PETUA ISLAM UNTUK MENJAGA KESIHATAN

Penjagaan Kesihatan amat penting dalam Islam. Kesihatan yang baik atau tidak baik selalunya berpunca daripada pemakanan kita. Di dalam Al-Quran ada menyembut bahawa kita dilarang memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama dengan susu kerana ia akan menyebabkan kita mudah mendapat penyakit. Hal ini telah dibuktikan oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandungi ion+sedangkan dalam ikan mengandungi ion– . Jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan, maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Selain itu, terdapat beberapa amalan lain yang boleh kita amalkan untuk menjaga kesihatan kita supaya menjadi lebih baik antaranya:

  • Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar daripada sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah-celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim sejenis alat percerna makanan).

(SUMBER: https://beritanova.com)