2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

PERIUK NASI DIAGIH PASCA BANJIR DI KUANTAN

Serantau Muslim dengan kerjasama Sahabat Telekung Kuantan telah berjaya mengagihkan bantuan berupa periuk nasi kepada keluarga yang terlibat dengan banjir pada awal tahun baru-baru ini.

Bantuan pasca banjir ini dilakukan atas faktor kerosakan barang elektrik dalam kalangan mangsa banjir.

Agihan ini telah dijalankan di sekitar Kuantan dan sebanyak 124 unit periuk nasi elektrik diberikan kepada yang terjejas.
Pengagihan dilakukan melalui dua kaedah iaitu melalui unit Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dan sebahagian lagi dihantar melalui pos ke rumah mangsa pasca banjir.

Serantau Muslim berharap kesemua bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang terjejas.

Untuk maklumat lanjut, layari www.serantaumuslim.org.my.