2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

PENYELUDUPAN PELARIAN MUSLIM ROHINGYA MASIH AKTIF

YANGON 9 JULAI – Salah seorang pegawai penguatkuasa menyatakan lebih 60 orang didapati terkandas berhampiran sebuah bot di Rakhine, Myanmar, ketika laluan penyeludupan untuk Muslim Rohingya masih beroperasi walaupun tindakan keras dilaksanakan.

 

Setiap tahun, ribuan Rohingya dan rakyat Bangladesh tanpa negara cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia menggunakan jalan laut.

 

Namun bot terbabit biasanya hanyut ke pantai Myanmar atau Thailand, terutama dalam cuaca buruk akibat musim monsun.

 

Pentadbir daerah Maungdaw Rakhine, Soe Aung berkata, 63 pelarian beragama Islam ditemui awal Ahad lalu dan dibawa ke balai polis berhampiran.

 

Pihak berkuasa menemui empat lelaki dalam bot dan yang lain berada berhampiran. Secara keseluruhan ada 63 orang ditemui.

 

Pegawai Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai kumpulan etnik dan merujuk mereka sebagai Bengali atau Muslim dari Rakhine.

 

Sumber: Berita Harian