2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

PENDUDUK YAHUDI DIBENARKAN MELAWAT, TIDAK BOLEH BERIBADAT DI MASJID AL-AQSA

 

AMMAN, 19 OGOS – Jordan memanggil duta Israel untuk membantah gesaan menteri negara Zionis itu yang mahu penduduk Yahudi dibenarkan beribadat dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.

 

Kementerian Luar Jordan memaklumkan ia memanggil Amir Weissbrod untuk menyuarakan kritikan dan bantahan terhadap pencerobohan Israel di kawasan amat sensitif itu di mana tentera Israel bertembung dengan jemaah Palestin, minggu lalu.

 

Bantahan diplomatik itu dilakukan, beberapa hari selepas Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan yang mencadangkan negara terbabit patut berusaha membenarkan Yahudi beribadat di tapak suci berkenaan.

 

Penduduk Yahudi dibenarkan melawat, namun tidak boleh beribadat di situ. Larangan itu dikutuk golongan nasionalis Zionis termasuk ahli pakatan berhaluan kanan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

 

Sumber: Berita Harian