2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

PENDUDUK DI KAMPUNG CHANGKAT JONG TERIMA SUMBANGAN BARANGAN DAPUR

Baru-baru ini, Serantau Muslim telah bersama penduduk Kampung Changkat Jong, Teluk Intan, Perak bagi melunaskan bantuan pasca banjir di sana.

Dalam agihan kali ini, sebanyak 30 buah isi rumah telah menerima bantuan ini yang mana kesemua mereka adalah yang terlibat dalam musibah banjir.

Kesemua penerima sumbangan telah menerima barangan dapur dan kelengkapan rumah bagi mengurangkan beban yang ditanggung mereka.

Serantau Muslim berharap bantuan ini sedikit sebanyak akan meringankan beban mereka dan mendoakan mereka terus kuat walaupun ada yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Salah seorang penduduk Kg Changkat Jong yang menerima bantuan pek makanan
Salah seorang penduduk Kg Changkat Jong yang menerima bantuan pek makanan

Untuk maklumat lanjut, layari www.serantaumuslim.org.my.