2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

PEMBINAAN SURAU SERANTAU MUSLIM DI KG TUNGGARING DALAM FASA AKHIR PEMBINAAN

Serantau Muslim menjangkakan projek surau di Kg Tunggaring akan siap dalam masa terdekat.

Menurut maklumat daripada Ketua Kampung Kuala Namadan dan Pejabat Agama Daerah Tambunan, projek Dana surau Serantau Muslim di Kg Tunggaring Kuala Namadan Tambunan, Sabah kini berada di fasa akhir pembinaan.

Proses pembinaan surau giat dijalankan oleh buruh binaan yang terdiri daripada penduduk kampung tersebut.

Dalam pada itu, Serantau Muslim dimaklumkan terdapat sedikit kekangan berlaku setakat ini kerana bekalan simen tidak mencukupi disebabkan kilang pengeluaran di Kota Kinabalu dan Tawau tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun begitu, Serantau Muslim yakin perkara tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat InshaAllah.

Sama-sama kita doakan agar segala kerja-kerja pembinaan surau dapat diteruskan tanpa masalah dan semua berjalan seperti dirancang Insha-Allah.

Sedekah? Serantau Muslim