2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

PELAN DAMAI DIBAWAH PENTADBIRAN AS DIBANTAH SELURUH WARGA PALESTIN

MANAMA, 26 JUN – Ribuan warga Palestin dilihat berhimpun beramai-ramai bagi membuat bantahan secara besar-besaran untuk memboikot pelan damai Asia Barat oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang bermula di Bahrain, semalam.

 

Warga di Syria dan Lubnan juga turut menyertai bantahan di negara masing-masing sambil mempersendakan muslihat Washington.

 

Bengkel dua hari itu difahamkan bertujuan memberi tumpuan kepada pelbagai inisiatif ekonomi di wilayah Palestin.

 

Langkah itu adalah inisiatif Presiden Donald Trump yang dianggap pemerhati sebagai paling luar biasa.

 

Cubaan perdamaian beliau di Asia Barat jauh berbeza dengan beberapa usaha Washington terdahulu, sejak beberapa dekad lalu.

 

Tiada tukaran tanah, tiada sebuah negara Palestin atau isu politik lain yang menyebabkan para diplomat buntu, sejak berdekad-dekad.

 

Pentadbiran Trump menyatakan bahawa semua isu politik akan dibincangkan kemudian.

 

Buat masa ini, rancangan itu dilancarkan dengan majlis makan malam di Bahrain dalam apa yang dinamakan sebagai ‘bengkel ekonomi’ selama dua hari di hotel mewah berdepan Teluk.

 

Bengkel ini diterajui menantu dan penasihat Trump, Jared Kushner.

 

Rangka kerja ‘Keamanan kepada Kesejahteraan’ itu membabitkan potensi pelaburan AS$50 bilion (RM207 bilion) di wilayah Palestin dan negara jiran Arab selama 10 tahun.

 

Sumber: Berita Harian