2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
a0ad6923-34b6-4aff-3d27-5b386b894341
Info Semasa

Pelajar dipaksa berhenti ketika menunaikan solat di sekolah

LONDON: Satu lagi insiden guru menghalang pelajar daripada menunaikan solat dilaporkan berlaku di Britain.

Kali ini melibatkan seorang pelajar lelaki beragama Islam yang dipaksa berhenti ketika menunaikan solat oleh gurunya kerana menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘penentangan’.

Lapor Arab News, Thaher Tarawneh, 12, juga terpaksa menunaikan solat di luar bilik solat kerana ruangan itu ditutup.

Ketika kejadian, Thaher dan beberapa rakannya menunaikan solat di kawasan padang di sekolah Akademi Ark Soane sebelum dihentikan oleh seorang guru.

Namun, Thaher tetap meneruskan solatnya manakala rakan-rakanya melarikan diri.

Disebabkan itu, guru tersebut memanggil beberapa petugas sekolah untuk menghalang Thaher daripada meneruskan solat sebelum dia dihantar pulang.

Dalam pada itu, bapa Thaher menzahirkan kekesalan terhadap insiden tersebut.

“Kepercayaan dan pegangan agama seseorang tidak boleh dipertikaikan selagi tidak mengganggu mana-mana pihak.

“Anak saya tidak menghentikan solatnya kerana tiada situasi kecemasan yang memerlukannya berbuat demikian dan amat tidak boleh diterima apabila dia dipaksa menghentikan solatnya,” kata bapanya.

Sehubungan itu, keluarga Thaher sudah membuat aduan kepada sekolah tersebut dan pihak berkuasa tempatan.

Sumber: UM