2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

PEK #TENANGKIT DIAGIH KEPADA YANG MEMERLUKAN

11 Nov 2021: Serantau Muslim telah mengagihkan bantuan pek #tenangkit kepada penduduk yang memerlukan di Larut, Perak.

Serantau Muslim menzahirkan bantuan ini agar dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan mereka di sana.

Dalam agihan kali ini, sebanyak 100 keluarga telah menerima pek #tenangkit.

Bukan hanya mereka yang dihimpit kemiskinan, malah Serantau Muslim juga menyantuni mereka yang diuji dengan wabak Covid-19.

Serantau Muslim turut menyalurkan bantuan #tenangkit kepada pesakit Covid-19 di kawasan berkenaan.

Didoakan semoga mereka yang mengalami kesulitan sentiasa dalam rahmat Allah Subhanahu Wataala.

Berikut gambar-gambar ketika agihan yang dilakukan.