2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

PBB LAWAT PENEMPATAN ROHINGYA DI BASHAN CHAR

DHAKA: Delegasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memulakan lawatan tiga hari ke penempatan pelarian Rohingya, di Bashan Char pada minggu lalu.

Penempatan di pulau terpencil di Teluk Benggala yang dibina oleh Bangladesh itu mampu menempatkan sehingga 100,000 pelarian, sebahagian besarnya dari kem pelarian Cox’s Bazaar.

Setakat ini, lebih 13,000 pelarian Rohingya sudah dipindahkan ke sana secara berperingkat sejak Disember lalu, walaupun terdapat kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia.

Bangladesh mahu memindahkan 100,000 daripada lebih sejuta pelarian di kem sempadan yang sesak di Cox’s Bazaar ke Bashan Char, walaupun ada yang mendakwa ia terdedah kepada taufan dan ancaman banjir.

Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR), dalam satu kenyataan, berkata kunjungan tiga hari itu turut membabitkan pakar agensi PBB yang terbabit dalam pengendalian pelarian Rohingya di Bangladesh.

“Lawatan ini akan melihat keadaan dan kemudahan terkini di Bashan Char, sekali gus menilai keperluan pelarian Rohingya yang dipindahkan ke sana.

Sumber: Berita Harian