2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

PBB KECAM SERANGAN BOM DI AFRIN, 40 WARGA SYRIA TERBUNUH

WASHINGTON – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam keras serangan bom didalangi PKK/YPG di timur laut Syria semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang awam, termasuk 11 kanak-kanak.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata Guterres “mengutuk keras serangan bom dahsyat itu” dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang hilang nyawa selepas bom yang diletakkan pada lori tangki minyak meletup di sebuah pasar sesak di Afrin kelmarin.

Agensi berita Anadolu melaporkan ketua PBB itu mengulangi gesaannya supaya gencatan senjata di Syria dilakukan bagi membolehkan langkah komprehensif diambil untuk menangani pandemik koronavirus.

“Mereka yang melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan hak asasi perlu dipertanggungjawabkan,” kata Dujarric.

Sekurang-kurang 47 mangsa cedera dalam serangan di tengah-tengah bandar Afrin itu.

PKK yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, bertanggungjawab ke atas kematian 40,000 mangsa termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi, sepanjang 30 tahun kempen keganasannya di wilayah Turki.

Sumber: Berita Al-Hijrah