2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

PBB GESA TENTERA MYANMAR HENTI KEGANASAN TERHADAP KANAK-KANAK

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa tentera Myanmar menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak selepas sekurang-kurangnya 51 kanak-kanak terkorban sejak rampasan kuasa Februari lalu, lapor Sputnik.

“Setakat 13 April, sekurang-kurangnya 51 kanak-kanak dibunuh tentera Myanmar dan hampir 1,000 lagi ditahan.

“Negara PBB menggesa pasukan keselamatan untuk tidak melakukan kekerasan terhadap kanak-kanak dan remaja,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric dalam taklimat media pada Rabu.

Dujarric berkata, PBB bimbang dengan laporan mengenai kekerasan terhadap kanak-kanak termasuk penggunaan peluru hidup.

Tentera Myanmar menggulingkan kerajaan dan mengisytiharkan perintah darurat selama setahun dan setakat ini sudah meragut sekurang-kurangnya 707 nyawa, menurut PBB.

Sumber: Sinar Harian