2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

PBB GESA GENJATAN SENJATA DI ETHIOPIA

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu António Guterres menggesa semua pihak yang terlibat dalam konflik di Ethiopia segera menamatkan permusuhan.

“Saya merayu pihak bertelagah di Ethiopia untuk segera melakukan gencatan senjata tanpa syarat untuk menyelamatkan negara,” ciap Guterres di Twitternya pada Rabu.

Sementara itu, Sputnik memetik laporan EBC Ethiopia, sepanjang dua hari lepas tentera negara telah membunuh 12 komander Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF).

Pada awal November, Parlimen Ethiopia mengisytiharkan darurat selama enam bulan di seluruh negara susulan TPLF bertindak memasuki ibu negara Addis Ababa. Perkembangan itu mendorong beberapa negara mula mengosongkan misi diplomatik mereka di Ethiopia.

Minggu ini, Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed turut turun padang untuk mengetuai tentera yang berperang menentang TPLF.

Sumber: Sinar Harian