2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
7bd50885-a325-431a-a3be-5c8c952eb8c1.jpg
Info Semasa

Palestin seru bantuan antarabangsa hentikan pencerobohan Israel

Ramallah: Palestin pada Khamis menggesa campur tangan antarabangsa untuk menghentikan perluasan penempatan Israel di Tebing Barat dan melindungi Penyelesaian Dua Negara (Two-State Solution) konflik Israel-Palestin, lapor Xinhua.

Masyarakat antarabangsa perlu campur tangan untuk menghalang Israel daripada merampas tanah, merobohkan rumah, membakar pokok, dan memusnahkan infrastruktur di wilayah Palestin, kata Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan.

“Langkah-langkah Israel tidak mengendahkan sebarang perbincangan, kedudukan, atau visi berkaitan keamanan berdasarkan Penyelesaian Dua Negara menjadi ‘khayalan’ dan impian tidak realistik yang sukar dicapai,” kata kenyataan itu.

Israel membina berpuluh-puluh penempatan di wilayah Palestin yang diduduki dengan melanggar undang-undang antarabangsa.

Sumber: Harian Metro