2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

PAKISTAN TIDAK MAHU LAGI TERIMA PELARIAN AFGHANISTAN

MULTAN: Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi menegaskan negara ini akan menutup pintu sempadan sekiranya kumpulan Taliban menguasai Afghanistan.

Katanya, Pakistan sudah pun menerima 3.5 juta pelarian Afghanistan dalam tempoh beberapa tahun dan tidak mampu untuk menerima lagi kemasukan golongan tersebut.

“Kami tidak boleh terima lagi kumpulan pelarian Afghanistan masuk ke negara ini. Kami akan tutup pintu sempadan kerana kami perlu menjaga kestabilan serta keselamatan Pakistan.

“Pakistan juga akan meneruskan usaha diplomatik di Afghanistan dan mengalu-alukan kepemimpinan demokratik di negara itu,” katanya.

Taliban menguasai Afghanistan sehingga kumpulan itu disingkirkan pasukan tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarilat (AS) selepas serangan 11 September 2001. 

Sumber: Utusan Malaysia