2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMKenyataan Media

OIC MAHU INDIA AMBIL TINDAKAN

NEW DELHI, 28 Feb – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini menggesa kerajaan India mengambil tindakan terhadap dalang di sebalik keganasan yang tercetus di New Delhi yang meragut lebih 30 nyawa.

Dalam satu kenyataan, pertubuhan beribu pejabat di Jeddah yang mewakili 57 negara itu turut mengutuk keganasan terbabit.

Sementara itu, angka kematian meningkat kepada 34 dan lebih 200 dilaporkan cedera dalam kekacauan yang tercetus susulan kontroversi mengenai Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA).

Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Guru Teg Bahadur.

Rusuhan itu turut menyebabkan penduduk berada dalam ketakutan.

Sumber: Berita Harian