2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

MISI QURBAN MUDAH DI INDIA

Pada aidiladha yang lepas bersamaan 2-4 September 2017, team Serantau Muslim yang diwakili oleh Dr Raja Iskandar Raja Yaacob, Pengerusi Serantau Muslim,,Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor, Setiausaha Serantau Muslim, saudara Faeez Azahar , AJK Serantau Muslim dan saudara Idzhamhadi Sidik , wartawan RTM telah berangkat ke Wilayah Tamil Nadu, India bagi menguruskan qurban di sana kerana dikhabarkan ada pelarian Rohingya yang berlindung di perkampungan Islam di India. Alhamdulillah, ibadah qurban telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan padu penduduk Islam disana.

Deligasi bergambar di KLIA 2 sebelum berangkat ke India.

Dari kiri  Ustaz Muhd Hakim Mohd Nor, Dr Raja Iskandar Raja Yaacob dan Saudara Faeez Azahar

Ketibaan team Serantau Muslim disambut oleh wakil penduduk kampung.
Perjalanan dari airport Trichy mengambil masa 3 jam untuk sampai ke kampung Mannamadurai.

Saudara Faeez bergambar dengan tulang lembu yang telah disembelih.

Gambar kambing qurban setelah disembelih di Arakan sebelum digotong-royong
oleh penduduk setempat sebelum di agihkan.