2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo SemasaKenyataan Media

MESYUARAT BERSAMA DMDI DAN JEPERUN DUN LENDU

24 Jun – Satu mesyuarat pelarasan antara Serantau Muslim, Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) & JEPERUN Dun Lendu untuk program agihan kepada asnaf pasca covid19.

Mesyuarat Penyelarasan Program Bantuan Kecemasan Covid-19 Bersama YAB Ketua Menteri Melaka itu telah dihadiri oleh wakil ketiga-tiga organisasi tersebut.

Serantau Muslim yang diwakili oleh Pengerusinya, Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor, Pengurus Projek, Nurfarahin Ahmad Osman dan Pengurus Tadbir, Nusyahirah Umar manakala DMDI diwakili oleh beberapa orang, antaranya Datuk Wira Zainal bin Hussin, Cik Hazelen binti Talib dan Encik Saiful Azrin bin Mohamed Salleh. Pihak JEPERUN Dun Lendu pula diwakili oleh setiausahanya Abdul Kadir.

Mesyuarat berkenaan diadakan semalam, 23 Jun 2020 (Selasa), pada 3.00 petang di Pejabat Japerun Dun Lendu.

Serantau Muslim mendoakan segala yang dibincangkan akan dijayakan dengan baik dan berjalan lancar.