2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
189ea1bd-a864-4157-9d62-624a12ac09ea.jpg
Info Semasa

Masjid Raja Iskandar aktif

SABAH: Tambunan – Masjid Raja Iskandar Serantau Muslim Kg Watang (MRISMW) di sini terus diimarah dengan pelbagai aktiviti oleh penduduk setempat.

Selain menggunakan masjid berkenaan untuk kegiatan ibadah, bangunan hasil sumbangan Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim itu digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan.

Penyelaras Program Serantau Muslim Negeri Sabah, Haji Idzham Hadi Sidik berkata, MRISMW siap sepenuhnya pada Oktober 2021 yang boleh menampung lebih 100 jemaah pada satu masa.

Katanya, sebaik sahaja masjid ini boleh digunakan, penduduk telah melantik AJK untuk memastikan bangunan yg dibina hasil sumbangan orang ramai ini digunakan sebaik mungkin.

“Alhamdulillah AJK MRISMW ini telah membuktikan bahawa hasrat penduduk yang mahukan sebuah rumah ibadah ini amat tepat dan mereka menggunakan sepenuhnya masjid ini,” katanya.

Idzham Hadi menjelaskan, En Mustar telah dilantik sebagai Pengerusi dan barisan AJK telah merancang pelbagai aktiviti.

“solat lima waktu sentiasa ada jemaah manakala kelas mengaji muqqadam dan al-quran diadakan setiap hari,” katanya.

Untuk rekod, baru2 ini MRISMW telah menganjurkan program mini forum dengan kerjasama JAKIM dan JHEAINS.

Aktiviti kemasyarakatan seperti sukaneka turut diadakan diperkarangan masjid.