2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-04-05 at 1.22.55 PM
Info SemasaKenyataan Media

Masjid Al-Aqsa Diserang, Serantau Muslim Mohon Doa Seluruh Ummah

Melaka, 5 April – Serantau Muslim melahirkan rasa marah dan kecewa dengan sikap puak Israel dan sekutunya kerana bertindak kasar dengan penduduk Palestin yang berada di kawasan Masjid Al-Aqsa di Musolla Qibli. Keadaan itu juga menyebabkan keadaan huru-hara dan kerosakan kepada fasiliti umat Islam berkenaan.

Sejak dua malam yang lalu, tentera Zionis telah memulakan operasi mengosongkan Majid Al-Aqsa di luar waktu solat. Seperti sedia maklum, jemaah Palestin akan beriktikaf, membaca Al-Quran dan melakukan amalan sunat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Dalam insiden ini, Zionis telah memecah masuk ke dalam masjid berkenaan sebaik sahaja rakyat Palestin usai solat tarawih dan seramai 200 orang jemaah Palestin ditahan oleh Israel.

Hal ini tercetus kerana puak Zionis membantu penganut Yahudi untuk melakukan persiapan menyambut ketibaan perayaan Yahudi yang dinamakan Pesach (Passover) yang bermula 5 hingga 13 April 2023 atau dari 14 hingga 22 Ramadhan.

Serantau Muslim juga difahamkan puak ekstremis Zionis Yahudi telah merancang untuk menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa sepanjang seminggu ini. Pada Ramadhan tahun lalu, mereka turut mengadakan ketengangan seperti ini agar masjid dapat dikosongkan kerana ganjaran bakal menanti mereka. Mereka akan diberi ganjaran lumayan jika berjaya membawa haiwan untuk disembelih di dalam masjid berkenaan. Naudzubillah himindzalik.

Tahun ini, Ben Gvir yang memegang jawatan sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri, juga merupakan salah seorang pemimpin utama kumpulan ekstremis dikatakan mempunyai kuasa untuk mengawal pasukan polis Zionis dan beliau telah mengecam pimpinan bekas Perdana Menteri, Naftali Bennett yang menghadkan kemasukan orang-orang Yahudi ke dalam Masjid Al-Aqsa sepanjang perayaan Pesach pada tahun lalu. Berkemungkinaan insiden seperti ini akan lebih buruk jika tiada suara-suara besar dari negara-negara Islam.

Justeru, Serantau Muslim menyeru agar semua negara Islam bersama-sama menggembleng tenaga untuk menyatakan soladiriti mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan umat Islam di sana. Teruskan berdoa untuk keselamatan mereka dan sejahterakan Ramadhan untuk mereka di sana. Aamiin.