2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

MALAYSIA HALANG ATLET ISRAEL DI KERANA MENOLAK JENAYAH KEMANUSIAAN

MALAYSIA HALANG ATLET ISRAEL DI KERANA MENOLAK JENAYAH KEMANUSIAAN

Oleh Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) sebelum ini telah menyanjung tinggi bantahan yang diusulkan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana Malaysia tidak membenarkan atlet Isarel masuk ke negara ini untuk Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan pada 29 Julai sehingga 4 Ogos di Kuching, Sarawak.

Susulan daripada bantahan tersebut, topik ini menjadi hangat dan menimbulkan kontroversi di segenap dunia kerana membabitkan atlet dari Israel yang mana umum menganggap mereka sebagai ‘polis dunia’ dewasa ini.

Dalam program bual bicara BBC, pengerusinya, Shaun Ley telah bercakap dalam isu yang sama dan beliau turut menemubual Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan pendirian Malaysia terhadap isu sama. Syed Saddiq dilihat mengekalkan pendirian sama seperti Tun Dr. Mahathir bahawa penafian kemasukan atlet Israel ke Malaysia adalah semata-mata untuk menentang pencabulan hak asasi manusia dan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Beberapa hari lalu, sekali lagi Tun Dr. Mahathir masih diasak soalan yang sama selepas ucaptama di persidangan Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuha Antarabangsa (IAACA) di Vienna International Centre (VIC), Austria. Walau bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir masih mengekalkan pendirian tersendiri kerana Malaysia berhak menguatkuasakan hak untuk menerima atau menolak kehadiran pihak-pihak tertentu seperti negara lain. Malaysia juga menentang keras kemasukan atlet Israel adalah kerana mereka adalah rakyat dari negara penjenayah dan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan negara mereka.

Berikutan tindakan tegas daripada kerajaan Malaysia terhadap kemasukan atlet Israel ke Malaysia untuk acara sukan berkenaan, kini, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) telah membatalkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 pada Julai ini.

Keputusan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Jawatankuasa IPC di London bila mana pihak Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberi jaminan untuk atlet Israel mengambil bahagian dalam acara kejohanan, bebas dari diskriminasi dan isu keselamatan anggota atlet. Sebelumnya, IPC turut mendapat tekanan daripada Jawatankuasa Olimpik Israel memaksa pihak penganjur mengeluarkan visa kepada atlet mereka dalam apa jua keadaan.

Dalam masa yang sama, SERANTAU MUSLIM melihat isu ini telah menimbulkan kegembiraan buat rakyat Palestin. Bagi Palestin, ia adalah tindakan positif dan berani yang pernah dilakukan terhadap Israel dan menyebabkan bendera Malaysia berkibar gah di Gaza selepas tindakan Malaysia menyatakan bantahan kemasukan atlet Israel ke Malaysia.

Walaupun begitu, SERANTAU MUSLIM merasakan Israel seolah-olah malu dengan tamparan hebat daripada Malaysia ini sehinggakan mendesak IPC membatalkan hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

Dalam pada itu, SERANTAU MUSLIM akui bahawa Israel tidak mudah menerima kenyataan yang mana seluruh komuniti dunia sebenarnya mengecam tindakan kejam mereka terhadap rakyat Palestin sehinggakan keberadaan rakyat Israel di lain-lain negara tidak disenangi ramai pihak.

Selain daripada itu, SERANTAU MUSLIM berpendapat bahawa usaha Malaysia ini penting bagi menghalang penjenayah masuk ke Malaysia kerana jika tidak dihalang berkemungkinan negara Malaysia berdepan dengan masalah kerana kehadiran atlet Israel mungkin mempunyai dua niat berbeza.

Pada mata kasar, kehadiran pasukan atlet Israel hanya dilihat sebagai satu pasukan sukan, namun tidak mustahil setiap ahli pasukan termasuk jurulatih, pengurus, pakar fisio, dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam satu pasukan atlet Israel adalah dualism dan mempunyai agenda terselindung tersendiri kerana masing-masing di antara mereka berlatarbelakangkan keturunan yang penuh kenistaan dan sifat licik.

Umum juga maklum bahawa darah daging Israel sangat berdendam dengan umat Islam sejak dahulu dan mereka menganggap 1.7 bilion umat Islam di dunia merupakan ancaman utama bagi eksistensi mereka, termasuk Malaysia yang mana majoritinya adalah muslim.

Keharmonian negara Malaysia yang diterajui pemimpin Islam juga tidak mustahil berada dalam pandangan prejudis rakyat Israel kerana mereka sememangnya didoktrinkan untuk menghapuskan dan memecahbelahkan musuh-musuh mereka iaitu Islam sejak umur 17 tahun lagi dan mereka turut diajar menggunakan senjata sejak kecil.

Data pada 2018 menunjukkan jumlah kakitangan ketenteraan Israel adalah sebanyak 749,550 orang termasuk anggota yang aktif, separa dan simpanan. Rakyat Israel diwajibkan berkhidmat dengan kerajaan mereka dalam sistem pertahanan negara pada umur 18 tahun sehingga 49 tahun. Mengikut data ini, adalah tidak mustahil, SERANTAU MUSLIM ingin mengatakan bahawa hampir kesemua rakyat Israel adalah tentera, separa tentera ataupun bekas tentera kerana mereka diwajibkan menjalani latihan ketenteraan sejak belasan tahun lagi.

Oleh hal yang demikian, SERANTAU MUSLIM juga mempunyai keyakinan bahawa bilamana kesemua rakyat mereka adalah hasil dari latihan ketenteraan, sudah pasti pasukan sukan mereka juga pernah terlibat dalam tugasan ketenteraan termasuk intipan dan pro dalam bidang membekalkan sumber maklumat untuk pihak atasan mereka. Mereka juga mahir dalam segala bentuk serangan secara terbuka mahupun terselindung seperti mana berlaku di negara yang dijajah puak mereka.

Disamping khuatir dengan isu keselamatan negara, tindakan Malaysia sebelum ini adalah wajar kerana ahli pasukan sukan Israel yang juga terdiri daripada bekas tentera tidak harus diterima kunjungan mereka kerana anggota badan mereka telah tercemar dengan darah umat Islam di Palestin kerana serangan dan pembunuhan yang dilakukan tanpa belas kasihan.

Justeru, SERANTAU MUSLIM melihat sangat wajar kerajaan Malaysia lantang bersuara menghalang kemasukan pasukan atlet Israel berstatus bekas tentera Israel untuk menjejakkan kaki ke bumi Malaysia kerana tindakan zalim mereka terhadap rakyat Palestina yang melampaui batas kemanusiaan.

SERANTAU MUSLIM ingin mengingatkan Israel agar lebih sensitif dan faham bahawa tindakan Malaysia kerana ia adalah sebahagian sahaja suara dunia yang membantah krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin dan secara tidak langsung ia adalah tanda untuk membangkitkan kesedaran pihak atasan Israel untuk tidak terus menyakiti rakyat Palestin.

SERANTAU MUSLIM berharap kerajaan Malaysia tidak gentar dengan tindakan Jawatankuasa Olimpik Israel dan IPC ini dan diharapkan juga pihak atasan Israel yang bersiap sedia mencari sasaran seterusnya di Gaza, akan lebih prihatin dengan suara dunia kerana dunia membenci keganasan yang membawa kemudaratan seperti yang berlaku ke atas rakyat Palestin.

‘Persaudaraan Rentas Sempadan’

*Penulis adalah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim
29 Januari 2019

[Layari www.untukmupalestin.com, Tabung Kemanusiaan Palestin Serantau Muslim, akaun Maybank, 5641 0042 3099].