2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

LIMA MAUT SERANGAN UDARA DI SYRIA

BEIRUT,  24 JUN – Lima orang awam termasuk tiga kanak-kanak maut selepas tentera rejim melancarkan serangan udara ke atas di kubu kuat pemberontak di Idlib, barat laut Syria, hari ini.

 

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, dua kanak-kanak dilaporkan terbunuh di pinggir bandar Maaret al-Numan manakala seorang lagi di kampung Maar Zita.

 

Manakala dua lagi penduduk awam terbunuh semasa serangan udara tentera rejim Syria di perkampungan Kansafra dan Khan al-Subul.

 

Untuk rekod, sejak April 2019, lebih 460 orang awam dilaporkan maut dalam serangan udara Russia yang bersekutu dengan tentera rejim.

 

Sebahagian besar wilayah Idlib, Aleppo, Hama dan Latakia masih dikawal Hayat Tahrir al-Sham (HTS), diketuai bekas sekutu Al-Qaeda Syria.

 

Sumber: Berita Harian