2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

LAGI LETUPAN DI SRI LANKA

COLOMBO, SRI LANKA 26 April- Satu letupan baharu dilaporkan berlaku di kawasan tanah lapang di belakang mahkamah majistret di Pugoda terletak 40 kilometer di timur Colombo.

 

Pihak polis sedang menyiasat letupan baharu tersebut yang berlaku beberapa hari selepas siri serangan ganas yang menyasarkan gereja dan hotel terkemuka di negara itu dan meragut sekurang-kurangnya 359 nyawa manakala kira-kira 500 lagi cedera.

 

Setakat ini, polis telah menahan kira-kira 75 suspek di bawah operasi besar-besaran untuk memburu dalang serangan terbabit.

 

Sumber: Sinar Harian