2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

LAWATAN TAPAK PEMBINAAN SURAU RTM TAWAU

15 Sept 2021 -Serantau Muslim yang diwakili rakan kerjasama di Sabah telah mengadakan satu tinjauan khusus untuk melihat tapak surau seterusnya.

Lawatan tersebut dilakukan bagi mendapatkan maklumat awal untuk pembinaan surau RTM Tawau dibawah tajaan Serantau Muslim.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah ahli jawatankuasa surau dan kontraktor yang telah dilantik.

Ayuh sama-sama kita doakan kejayaan pembinaan surau ini di sana agar ia memberi kemudahan kepada mereka di sana mengadakan aktiviti ibadah dan kemasyarakatan.

Jika ada di antara kita yang ingin bersama-sama Serantau Muslim dalam projek wakaf seperti ini, layari waqaf.my atau layari www.serantaumuslim.org.my.

Berikut disertakan gambar lawatan yang diadakan.