2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

MAUT AKIBAT BANJIR KILAT DI YAMAN

ADEN, Yaman – Lapan orang, termasuk lima kanak-kanak terbunuh dan puluhan lagi cedera, selepas banjir kilat melanda bandar di Yaman itu.

Pihak berkuasa berkata, penduduk menghadapi kesukaran berikutan laluan ditenggelami bah dan memusnahkan kediaman mereka.

Kematian itu menjadikan angka korban menjadi sekurang-kurangnya 15 orang selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan tujuh yang lain meninggal dunia akibat banjir di bahagian utara, tempat konflik berlarutan di negara itu antara pemerintah dan pemberontak Huthi yang disokong Iran.

Seorang pegawai kerajaan berkata, seiring dengan kematian di kota selatan Aden itu, sekurang-kurangnya 10 kediaman musnah dan 90 yang lain mengalami kerosakan teruk.

Banjir itu memburukkan lagi keadaan di negara itu, selepas mereka berdepan situasi untuk mengawal penyakit bawaan air seperti taun serta penyebaran wabak coronavirus, yang kini sudah mencatat satu kes setakat ini. 

Sumber: Berita Harian