2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KRISIS MAKANAN BERLAKU DI SOMALIA AKIBAT SERANGAN BELALANG GURUN

Dalam kekecohan tentang penularan koronavirus di seluruh dunia, di wilayah Afrika Timur pula mengalami serangan daripada jutaan belalang gurun.

Situasi ini merupakan serangan terburuk pernah berlaku sepanjang tempoh 25 tahun dan jumlah itu akan meningkat 500 kali ganda menjelang Jun ini.

Ia berlaku di beberapa lokasi seperti Habsyah, Kenya dan Somalia.

Difahamkan serangan belalang gurun ini mengakibatkan kemusnahan ribuan hektar ladang sehingga menimbulkan krisis kekurangan bekalan makanan di wilayah terbabit.

Lebih buruk lagi, serangan belalang gurun setakat ini telah memusnahkan hampir 70,000 hektar tanah di Somalia dan menyebabkan petani kerugian besar dan kehilangan sumber pendapatan mereka.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga memberi amaran bahawa belalang gurun ini mungkin akan memberi kesan kepada negara di kawasan Timur Tengah dan juga Asia Selatan.

Turut dilaporkan jumlah belalang ini terlalu banyak sehingga ia boleh dilihat memenuhi langit sepanjang 60 kilometer.

Keadaan yang semakin meruncing itu memaksa negara yang terjejas meminta bantuan daripada antarabangsa.

Sumber: freemalaysiatoday.com