2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

KERUSI RODA BERJAYA DIHANTAR KEPADA YANG MEMERLUKAN

Serantau Muslim telah menyerahkan bantuan kerusi roda yang memerlukan di beberapa buah negeri.

Terkini, seorang warga emas dari Kajang, Selangor telah menerima bantuan kerusi roda. Anak kepada seorang penerima yang dikenali sebagai Puan Lizawati disahkan lumpuh dan memerlukan kerusi roda ini untuk memudahkan pergerakan.

Selain ibu Puan Lizawati, Pak Cik Kassim dari Trong, Perak juga telah menerima bantuan kerusi roda ini bagi membantu beliau menjalankan aktiviti seharian berikutan beliau menghidap masalah jantung dan buah pinggang.

Ayuh kita doakan urusan mereka semua dipermudahkan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Layari www.serantaumuslim.org.my untuk maklumat lanjut.