2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

KERAJAAN INDIA MENYEDIAKAN MAKANAN YANG TIDAK BERKUALITI KEPADA PELAJAR MISKIN

 

NEW DELHI,  4 Sept – Cubaan pihak berkuasa India mendakwa salah seorang wartawan telah mendedahkan kualiti buruk makanan disediakan di sekolah kerajaan sehingga mencetuskan protes berhubung kebebasan media yang semakin teruk di negara itu.

 

Nama Pawan Jaiswal menjadi perhatian susulan laporannya tentang pelajar miskin di sebuah sekolah rendah di Uttar Pradesh diberi makan roti dan garam dan bukannya program makanan sihat seperti yang sepatutnya.

 

Laporan wartawan berkenaan mencetuskan kritikan terhadap kerajaan tempatan yang dikuasai Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi yang kemudian bertindak melancarkan siasatan jenayah terhadap Jaiswal.

 

“Amat mengejutkan, seharusnya tindakan diambil untuk membetulkan keadaan sebaliknya kerajaan memfailkan kes jenayah terhadap Jaiswal,” kata Editors Guild of India dalam satu kenyataan.

 

Berpuluh wartawan berhimpun di luar pejabat daerah mendesak siasatan terhadap Jaiswal dibatalkan.

 

Wartawan di India menzahirkan rungutan tentang kebebasan media yang semakin teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Undang-undang sering digunakan oleh ahli politik daripada pelbagai parti bagi menyekat kritikan media sosial.

 

Sumber: Sinar Harian