2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 30 NOVEMBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”MANGSA CEDERA DI PALESTIN PERLUKAN RAWATAN KESIHATAN SUSULAN YANG LEBIH BAIK” font_container=”tag:h1|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM melahirkan rasa simpati terhadap sekumpulan besar penduduk Palestin yang menderita selepas tercedera ditembak tentera Israel sejak Mac lalu. Mereka mengalami kecederaan yang teruk sehingga ada yang terpaksa dipotong anggota badan tertentu selepas terkena jangkitan kuman. Lebih malang lagi, mangsa-mangsa yang tercedera ini terdiri daripada anak-anak kecil dan wanita dan sekarang mereka di tempatkan di khemah-khemah sementara yang serba kekurangan. Mereka juga tidak dapat rawatan susulan yang lebih baik kerana dikepung tentera Israel di wilayah bergolak itu.

Badan Kebajikan Medecins Sans Frontieres (MSF) atau dikenali sebagai Doctors Without Borders turut menyifatkan kecemasan penjagaan di Gaza bergerak begitu perlahan. Lantaran itu, mereka dibanjiri pelbagai penyakit berjangkit dan memerlukan rawatan rumit untuk merawat mangsa yang tercedera.

SERANTAU MUSLIM berharap desakan MSF agar tentera Israel membenarkan mangsa yang tercedera dapat dibawa keluar dari kawasan tersebut untuk mendapatkan rawatan diberi perhatian segera supaya tidak menyumbang kepada peningkatan angka korban.

Sehubungan dengan itu juga, SERANTAU MUSLIM berharap badan-badan kebajikan perubatan yang lain dapat menyumbang khidmat mereka untuk datang membantu merawat mangsa yang tercedera di wilayah berkenaan jika mangsa-mangsa tersebut tidak dapat dibawa keluar mendapatkan rawatan susulan di luar Semenanjung Gaza. SERANTAU MUSLIM turut menyeru pakar-pakar perubatan di luar sana agar dapat menyediakan bahan perubatan yang lebih berkesan untuk membantu merawat mangsa-mangsa yang tercedera ini.

Dalam masa yang sama, SERANTAU MUSLIM menyeru badan berkuasa di dunia dapat menghalang tentera Israel dari mengenakan sekatan terhadap bantuan amal dari luar untuk membantu memberikan rawatan dan kesihatan kepada penduduk Palestin kerana keadaan penduduk di pusat perubatan Gaza sangat membimbangkan.

Justeru itu juga, SERANTAU MUSLIM ingin menyeru seluruh masyarakat dunia agar tidak hanya menyatakan soladiriti terhadap penduduk Palestin secara bermusim sahaja malah ia perlu berterusan kerana keadaan mereka di sana masih belum aman kerana masih dibelenggu kuasa Israel.

Tindakan memboikot barang Israel dan sekutunya harus dijalankan secara berterusan agar Israel sedar akan tindakan yang dilakukan mereka selama ini adalah salah kerana mereka melanggar hak asasi dunia dan melanggar undang-undang antarabangsa kerana menceroboh tanah milik rakyat Palestin.

SERANTAU MUSLIM turut menyediakan Tabung Kemanusiaan Palestin Serantau Muslim untuk membantu kepada rakyat Palestin. Kepada mereka yang prihatin terhadap isu kemanusiaann ini, boleh hulurkan bantuan ke akaun Maybank, 5641 0042 3099.

Persaudaraan Rentas Sempadan

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]