2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 25 Jun 2018

Kenyataan Media SERANTAU MUSLIM
25 Jun 2018 | SERANTAU MUSLIM Ucap Tahniah Atas Kemenangan Erdogan Dalam Pilihanraya di Turki dan Memuji Sifat Kemanusiaan Rentas Sempadannya

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) mengucapkan tahniah di atas kemenangan Recep Tayyip Erdogan yang memenangi pilihan raya presiden negara Turki semalam.

Laporan media hari ini, 25 Jun menyatakan kerajaan Turki mengumumkan bahawa Recep Tayyip Erdogan telah dipilih sebagai presiden pertama Turki di bawah sistem baharu. Pengundi Turki buat pertama kalinya telah mengundi untuk memilih presiden dan parlimen dalam pilihan raya dengan Erdogan mencari kemenangan pusingan pertama dan majoriti keseluruhan untuk Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) bagi tempoh 15 tahun pemerintahan beliau.

SERANTAU MUSLIM melahirkan rasa gembira di atas kemenangan Erdogan dan kerajaan baharu itu.

Dalam pada itu, SERANTAU MUSLIM turut memuji semangat persaudaraan rentas sempadan Erdogan yang sebelum ini sentiasa melihat dan cakna dengan isu kemanusiaan di seluruh dunia.

Ditambah dengan sikap prihatin isteri Erdogan yang turut serta turun padang ke kem pelarian Rohingya di Bangladesh pada September tahun lalu. Sikap Emine Erdogan itu sekali gus menyebabkan pintu bantuan di seluruh dunia masuk dengan banyak seterusnya nasib monoriti Islam paling teraniaya itu kian terbela.

Presiden Recep Tayyip Erdogan begitu mesra terhadap pelarian Syria yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dengan membenarkan pelarian tersebut memasuki Turki dengan membuka pintu sempadan negara tersebut.

SERANTAU MUSLIM juga berasa begitu kagum dengan semangat Erdogan yang terus terang anti Yahudi-Israel dan memanggil sidang khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengecam Amerika Syarikat yang ingin membuka kedutaan di Palestin.

SERANTAU MUSLIM berharap agar kesatuan dunia Islam dapat diperteguhkan lagi dengan kemenangan Erdogan dan kerajaan baharu di Turki.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM