2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

Kenyataan Media 24 April 2018

Kenyataan Media SERANTAU MUSLIM
24 April 2018 | PLO Gesa ICC Siasat Israel Ekoran Peningkatan Angka Kematian Rakyat Palestin

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) melahirkan rasa marah dengan tindakan rejim Zionis yang telah menembak penduduk awam sewenang-wenangnya dalam pertempuran berhampiran pagar sempadan Gaza-Israel.

Terkini, laporan media menyatakan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat Israel sususlan kematian 39 penduduk Gaza akibat ditembak rejim Zionis. Tentera Israel telah menembak penduduk Israel dengan menggunakan peluru hidup, seterusnya telah meningkatkan angka korban penunjuk perasaan termasuk mengalami kecederaan yang kritikal.

SERANTAU MUSLIM menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PLO, Saed Erekat bahawa ICC perlu menubuhkan panel siasatan antarabangsa bagi menyiasat jenayah yang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa dalam acara ‘Perarakan Kepulangan Besar-besaran’ di sempadan Gaza-Israel.

SERANTAU MUSLIM menegaskan bahawa Israel tiada hak untuk menghalang hak pelarian Palestin untuk kembali ke kediaman mereka kerana Israel merupakan ‘parasit’ di tanah air rakyat Palestin, bukan sebaliknya.

SERANTAU MUSLIM sangat mengharapkan kertas siasatan yang dicadangkan ICC terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Liberman dibuka secepat mungkin kerana mereka adalah teroris sebenar abad ini.

SERANTAU MUSLIM mengajak masyarakat semua membantah kekejaman rejim pengganas Israel dengan menyatakan solidariti semua umat Islam tanpa mengira perbezaan dan fahaman politik disamping meneruskan memboikot barangan Israel melalui kempen BDS (Boycott, Dinvestment, Sanction) yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan BDS Palestin.

SERANTAU MUSLIM menyeru semua umat Islam dari seluruh negara agar sentiasa berusaha dalam membantu umat Islam yang sengsara di tanah air sendiri agar kembali seperti sedia kala dan terus menerus berdoa demi kesejahteraan mereka kerana kita sentiasa berpegang pada moto “Persaudaraan Rentas Sempadan”

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM