2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

Kenyataan Media 21 Mei 2018

[vc_row][vc_column][vc_single_image image=”1717″ img_size=”large” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”Kenyataan Media SERANTAU MUSLIM
21 Mei 2018 | Myanmar Perlu Dikenakan Sekatan Ekonomi” font_container=”tag:h2|text_align:center|color:%231b24d1″ google_fonts=”font_family:Abril%20Fatface%3Aregular”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) menjangkakan pelarian Rohingya akan terus meningkat kerana sehingga hari ini tiada laporan konkrit yang dilaporkan etnik tersebut dibawa pulang ke Myanmar. SERANTAU MUSLIM melihat pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak, namun masih tiada perubahan terhadap nasib etnik paling teraniaya di dunia itu. Oleh hal yang demikian, SERANTAU MUSLIM merasakan Myanmar perlu diambil tindakan tegas oleh kuasa global.

Laporan media menyatakan wakil Amerika Syarikat, Nikki Haley mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar bertindak lebih agresif lagi dalam isu pelarian Rohingya. Pada masa yang sama, Haley juga menekankan bahawa Majlis Keselamatan itu harus bergerak pantas dalam mengamalkan resolusi agar tidak dihalang mana-mana pihak.

SERANTAU MUSLIM bersetuju dengan kenyataan wakil Amerika Syarikat kerana Myanmar dilihat masih berlengah-lengah bagi menamatkan krisis antara agama dan politik ini. Situasi ini turut menjadi bebanan terhadap negara-negara yang bersifat terbuka menerima pelarian etnik Rohingya, misalnya Bangladesh.

Bagi menghalang tujuan Myanmar memandang enteng isu keganasan dan kemanusiaan ini, SERANTAU MUSLIM berharap Pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang baru dilantik iaitu Lee Hsien Loong agar menggesa Myanmar bertanggungjawab dan menghentikan krisis etnik di negara itu dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Myanmar sehingga isu ini dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Selain itu,SERANTAU MUSLIM amat berharap Bangladesh, salah sebuah anggota penandangan Rome Statute yang mendasari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dapat menghantar sebarang pemantauan bertulis mengenai isu kemanusiaan kepada ketua pendakwa raya, Fatou Bensouda sebelum perbicaraan mengenai isu ini dijalankan di ICC, yang bakal diadakan secara tertutup pada 20 Jun depan.

SERANTAU MUSLIM percaya dengan adanya tindakan-tindakan tegas oleh kuasa dunia ini, Myanmar akan lebih terkesan untuk mempercepatkan isu kemanusiaan yang berpanjangan ini dan berharap siasatan berhubung dakwaan penindasan ke atas etnik teraniaya di dunia itu dapat dijalankan secepat mungkin bagi mendapatkan keadilan terhadap etnik minoriti yang telah terkorban di Myanmar.

Pada kesempatan ini juga, SERANTAU MUSLIM ingin menguar-uarkan tentang kempen-kempen kemanusiaan yang diadakan bagi membantu etnik Rohingya dan Islam minoriti di negara-negara Asean. Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, SERANTAU MUSLIM telah melancarkan kempen tajaberbuka.com bagi membantu minoriti Islam yang daif di serantau Asean dan kempen www.untukmurohingya.com, khusus untuk etnik Rohingya. Diharap semua insan dapat membantu mereka yang memerlukan

Akhir kata, SERANTAU MUSLIM yakin dengan pelbagai usaha dan berkat doa semua umat Islam pada bulan Ramadhan ini, seluruh umat Islam diseluruh dunia akan terpelihara dari segala musibah dunia.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][vc_column][/vc_column][/vc_row]