2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 19 DISEMBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”PBB RAYU SUMBANGAN DANA UNTUK PALESTIN” font_container=”tag:h1|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM merasakan pentingnya bantuan kemanusiaan daripada komuniti dunia untuk penduduk Palestin berikutan mereka mengalami kekurangan sumber kewangan untuk membiayai keperluan asasi mereka. Selain mereka tidak mendapat keperluan asas yang cukup, mereka turut diuji dengan pelbagai penyakit susulan peperangan yang berlaku di negara mereka.

Dalam keadaan menyedihkan itu, SERANTAU MUSLIM melihat sebanyak AS$350 juta (RM1.45 billion) diperlukan rakyat Palestin bagi menampung kos keperluan harian mereka. Seiring dengan itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pihak Berkuasa Palestin telah melancarkan rayuan dana untuk membantu penduduk Palestin pada tahun hadapan.

Menurut penyelaras kemanusiaan PBB di Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur, Jamie McGoldrick, Pelan Tindak Balas Kemanusiaan 2019 ini dibuat bagi menyediakan keperluan asas seperti keperluan makanan, penjagaan kebersihan, perlindungan, dan air bersih untuk penduduk Palestin.

Sebelum ini, Amerika Syarikat dikatakan telah menamatkan penyaluran dana kepada agensi PBB yang membabitkan bantuan kepada lima juta pelarian Palestin dan situasi ini memberi kesan yang buruk kepada nasib penduduk Palestin itu.

SERANTAU MUSLIM sendiri sebelum ini telah menggerakkan usaha membantu anak anak dan keluarga Palestin yang berada di Malaysia sebelum ini melalui kerjasama Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM) dan badan badan amal lain.

Seramai 92 orang pelarian Palestin yang dibawah jagaan PCOM dan memerlukan perhatian sewajarnya kerana status mereka telah menghalang untuk bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Situasi ini turut memberi kesan kepada mereka untuk menyara keperluan diri dan anak-anak mereka kerana mempunyai kekangan untuk menjana pendapatan sendiri.

SERANTAU MUSLIM turut melihat data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), pada akhir Julai 2017, seramai 698 orang pelarian dari Palestin berada di Malaysia.

Selain di Malaysia, laporan Humanitarian Relief for Development Society, dianggarkan seramai juta penduduk Palestin menjadi pelarian di negara berhampiran Palestin seperti Lubnan selepas isu campurtangan Israel di negara berkenaan.

Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa keluar dari kediaman selesa mereka dan terpaksa bersusah-payah apabila terpaksa ditempatkan di kem-kem pelarian yang mana tidak mempunyai kelengkapan sepenuhnya.

Susulan keadaan itu juga, SERANTAU MUSLIM turut merasa kasihan melihat kanak-kanak Palestin kerana tidak dapat menikmati pendidikan secara formal kerana kekurangan bangunan untuk dijadikan sekolah. Mereka juga terpaksa berasak-asak untuk mendapatkan pendidikan yang masih disediakan walaupun jumlah murid mencecah seramai 50 orang murid untuk satu kelas.

Tidak habis dengan itu, nasib golongan warga emas yang lingkungan umur 60 tahun ke atas terabai kerana tidak dapat penjagaan kesihatan sepenuhnya akibat kekurangan dana. Kebanyakan mereka terpaksa dibiarkan menghabiskan sisa hidup mereka kerana kekurangan pakar perubatan untuk merawat mereka yang mempunyai penyakit kronik seperi kanser. Nisbah seorang kakitangan perubatan dan pesakit sebanyak 14 orang pesakit dalam masa satu jam juga merupakan penyumbang penyakit mereka tidak dapat dirawat segera.

Begitu juga, kaum ibu, mereka tidak dapat menikmati prosedur rawatan secara konsisten seperti mana wanita yang berada di negara-negara yang mempunyai ekonomi dan politik yang stabil.  Mereka terpaksa lebih berdikari dan menerima keadaan hidup mereka seadanya walapun sukar.

Justeru, SERANTAU MUSLIM berharap dana yang diperlukan pelarian Palestin dapat diperoleh daripada seluruh komuniti dunia agar nasib mereka lebih terurus dan terjaga.

SERANTAU MUSLIM juga berharap rayuan PBB ini didengar komuniti dunia untuk sama-sama menyumbang dana demi membantu penduduk Palestin yang berada dalam keadaan sukar.

SERANTAU MUSLIM turut menyediakan saluran untuk membantu penduduk Palestin mendapatkan keperluan asas mereka. Mereka yang ingin membantu penduduk Palestin, boleh layari http://untukmupalestin.com, Tabung Kemanusiaan Palestin Serantau Muslim, akaun Maybank, 5641 0042 3099].

Persaudaraan Rentas Sempadan

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2603″ img_size=”large” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]