2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 17 DISEMBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”MALAYSIA SELAR AUSTRALIA IKTIRAF BAITUL MAQDIS SEBAGAI NEGARA ISRAEL” font_container=”tag:h1|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

SERANTAU MUSLIM melihat pengumuman Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkenaan pengiktirafan Baitul Maqdis Barat sebagai ibu negara Israel mendapat tentangan hebat daripada Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad dan Wisma Putra.

Wisma Putra yang menjadi nadi perhubungan antarabangsa dan dasar luar negara itu menyifatkan tindakan Australia membuat pengumuman tersebut adalah terlalu awal dan ingin menjatuhkan maruah rakyat Palestin. Terdahulu, Dr. Mahathir turut menyatakan pendirian beliau bahawa pemindahan yang dilakukan Australia tidak akan membantu menyelesaikan masalah yang berlaku di negara tersebut.

SERANTAU MUSLIM juga yakin pengumuman Scott Morrison ini akan membangkitkan lagi kemarahan dalam kalangan penduduk Palestin kerana mereka menyokong dasar Israel yang tidak wajar itu.

SERANTAU MUSLIM turut khuatir akan berlaku hubungan yang lebih tegang antara Israel dan Palestin akibat tindakan kurang matang oleh Scott Morrison ini.

Dalam pada itu, SERANTAU MUSLIM berharap kenyataan Wisma Putra yang inginkan penyelesaian konflik kedua-dua negara antara Palestin dan Israel dengan menjadikan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin seperti yang termaktub di dalam perjanjian sempadan pra-1967 akan direalisasikan.

SERANTAU MUSLIM juga ingin menyeru Wisma Putra terus menerus berusaha membantu Palestin mendapat hak mereka sebaiknya.

SERANTAU MUSLIM berharap Israel tidak menggunakan kuasa mereka untuk menyakiti penduduk Palestin walaupun Amerika Syarikat dan Australia menyokong tindakan mereka selama ini.

[Mereka yang ingin membantu penduduk Palestin, boleh layari https://serantaumuslim.onpay.my/order/form/untukmupalestin, Tabung Kemanusiaan Palestin Serantau Muslim, akaun Maybank, 5641 0042 3099].

Persaudaraan Rentas Sempadan

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]