2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 15 Ogos 2018

[vc_row source=”” text=”HELP US REACH OUR GOAL” font_container=”tag:h2|text_align:center” use_theme_fonts=”yes” google_fonts=”font_family:Abril%20Fatface%3Aregular|font_style:400%20regular%3A400%3Anormal” custom_letter_spacing=”” link=””][vc_column][vc_custom_heading text=”KES TETAK ANAK: UJIAN SARINGAN PSIKOLOGI PERLU DIJALANKAN KEPADA BAKAL IBU BAPA” font_container=”tag:h1|font_size:30|text_align:center|color:%23024591″ use_theme_fonts=”yes” custom_letter_spacing=””][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

SERANTAU MUSLIM terpanggil untuk menyatakan kebimbangan terhadap isu yang banyak berlaku mutakhir ini iaitu kes anak-anak didera, dianiaya dan juga dibunuh oleh ibu atau bapa kandung sendiri.

SERANTAU MUSLIM melihat peningkatan kes sebegini sebagai ‘simptom’ atau tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat kita pada hari ini berada dalam ‘kesakitan’ yang perlu dirawat, dan ia berkait dengan taraf kesihatan psikologi yang membimbangkan. Jika tiada langkah pencegahan awal diambil, dikhuatiri ia akan terus berulang.

SERANTAU MUSLIM melihat laporan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari yang menyatakan kes bapa tetak anak semalam adalah berpunca daripada amalan mengambil bahan terlarang, iaitu meminum air ketum dan tertuduh positif dadah jenis syabu.

SERANTAU MUSLIM merasa sedih dan kecewa dengan berita tersebut kerana tanggungjawab seorang bapa adalah untuk melindungi seorang anak, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

SERANTAU MUSLIM berharap kejadian yang tidak terduga ini dapat menjadi iktibar dan petanda bahawa perlunya langkah yang lebih padu bagi mengenal pasti masalah yang dialami oleh seseorang individu sebelum memulakan kehidupan sebagai sebuah keluarga yang lengkap.

Pada peringkat awal, SERANTAU MUSLIM merasakan ujian saringan kesihatan mental yang sesuai perlu dijalankan terhadap pasangan yang ingin berkahwin seperti mana amalan mewajibkan ujian HIV dibuat. Antara ujian yang mungkin praktikal untuk digunapakai adalah seperti Ujian Saringan Stres, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS). Ujian ini secara tidak langsung dapat mengetahui status kesihatan mental seseorang individu tersebut sebelum mereka menggalas komitmen yang lebih besar pada masa akan datang.

SERANTAU MUSLIM menyeru kerajaan agar mewajibkan semua bakal-bakal pengantin untuk menjalani ujian yang mengambil masa sekitar tiga hingga ke lima minit ini agar mereka yang memerlukan bantuan perubatan atau psikologi dapat dilakukan sebagai intervensi awal.

SERANTAU MUSLIM juga berharap semua pihak dapat mengambil cadangan ini sebagai sesuatu yang positif bagi mengurangkan kejadian yang tidak diingini dalam kalangan ibu bapa.

SERANTAU MUSLIM turut menyeru pihak berwajib seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat turun padang bersama masyarakat dengan melakukan kempen kesedaran dan ceramah secara berkala dengan membahaskan topik-topik hangat dalam kalangan keluarga masa kini.

SERANTAU MUSLIM turut berharap semua komuniti masyarakat tidak membiarkan semangat kejiranan terlerai begitu sahaja, sebaliknya haruslah disemai agar masalah kejiranan yang wujud dapat diselesaikan atau dicegah daripada menjadi lebih melarat.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”.

Dr. Muhamad Azrin bin Omar
Timbalan Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2161″ img_size=”large” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]