2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 13 OGOS 2018

RAKYAT AFGHANISTAN DIUJI KEMARAU DAN KEBULURAN

SERANTAU MUSLIM melihat penduduk di Afghanistan kini berada dalam keadaan yang sangat memerlukan prihatin komuniti seantero dunia berikutan keadaan yang sangat menduga mereka di sana. Ribuan petani terpaksa menjual ternakan dan berpindah ke bandar kerana punca pendapatan yang bersumberkan ternakan dan tanaman hampir musnah akibat kemarau yang teruk.

SERANTAU MUSLIM merasakan amaran yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah penting dan perlu diberi perhatian segera kerana lebih dua juta penduduk Afghanistan bakal berdepan masalah tidak mendapat makanan yang cukup dalam tempoh enam bulan akan datang.

SERANTAU MUSLIM turut merasakan penduduk Afghanistan memerlukan bekalan air dan makanan yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan mereka di sana terutamanya kanak-kanak yang kecil, wanita hamil dan golongan warga emas.

SERANTAU MUSLIM berharap ramai pihak dari seluruh dunia dapat tampil memberi bantuan untuk menyalurkan bekalan makanan ruji dan air yang mencukupi ke negara yang dilanda kemarau teruk itu.
SERANTAU MUSLIM turut berharap kekurangan 2.5 juta tan gandum untuk penduduk Afghanistan dapat diatasi dengan adanya bantuan dari seluruh pihak.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM