2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 11 OKTOBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”KEMPEN ANTI-HALAL BERTENTANGAN DENGAN BANGSA UYGHUR” font_container=”tag:h1|font_size:35|text_align:center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

SERANTAU MUSLIM melahirkan rasa simpati terhadap minoriti Islam Uyghur kerana berdepan dengan kempen anti-halal di Shanghai, China. Keadaan yang sukar itu terpaksa dihadapi minoriti Islam di sana bagi menyekat tuntutan syariat agama dalam kehidupan umat Islam.

Walaupun bangsa Uyghur merupakan sebuah etnik minoriti rasmi di Republik Rakyat China, namun SERANTAU MUSLIM berpendapat kempen anti-halal seperti ini tidak harus dilakukan kerana setiap rakyat di sesebuah negara mempunyai hak untuk menentukan pilihan mereka seiring dengan kepercayaan mereka.

SERANTAU MUSLIM turut melahirkan rasa sedih atas dakwaan yang menyatakan kempen berkenaan dilancarkan susulan penyebaran fahaman ekstremisme dalam kalangan orang Islam di sana.

SERANTAU MUSLIM ingin menegaskan bahawa agama Islam tidak mengajarkan amalan ekstrim dalam kalangan penganutnya malah lebih kepada perdamaian antara puak yang bertelagah. Perlu dijelaskan juga bahawa umat Islam tidak boleh sewenang-wenangya menumpahkan darah seseorang individu lain tanpa alasan yang kuat dan jika ada, ia pasti dari musuh-musuh Islam yang berhasrat menggugat kesuciaan agama Islam sehingga menerbitkan rasa benci terhadap umat Islam.

SERANTAU MUSLIM ingin menyeru kepada pihak yang melancarkan kempen anti-halal berkenaan dapat mengadakan perbincangan sebaik mungkin bagi mengelakkan isu ini menjadi lebih serius pada masa akan datang.

SERANTAU MUSLIM juga berharap keadaan ini tidak akan membawa kepada asbab permusuhan yang berpanjangan kerana sesuatu masalah boleh dirunding secara lebih berhemah tanpa pertelingkahan.

SERANTAU MUSLIM selaku pembela nasib minoriti Islam juga tidak ingin lagi melihat penderitaan demi penderitaan yang terpaksa dialami minoriti Islam di seantero dunia.

Persaudaraan Rentas Sempadan

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar,
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2456″ img_size=”large” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]