2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 09 Januari 2019

GAZA TERUS BERGOLAK

Tahun baru 2019 dimulakan oleh rejim Zionis dengan serangan ke atas Gaza. Dilaporkan mereka telah melancarkan serangan balas selepas mendakwa terdapat satu peranti letupan yang disertakan dengan beberapa biji belon dilepaskan ke dalam wilayah mereka.

Susulan daripada kejadian itu, rejim Zionis dilaporkan telah menyerbu kem tentera pejuang Hamas dengan menggunakan jet pejuang dan helikopter perang.

Dalam pada itu, Pegawai Keselamatan Hamas menyatakan jet pejuang dan helikopter dengan menyasarkan kedudukan sayap bersenjata dan dua pos pejuang Hamas yang berhampiran Beit Lahia di bahagian utara wilayah tersebut, namun serangan tersebut mengenai timur Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza dan tapak pemantauan sayap bersenjata Hamas.

SERANTAU MUSLIM melihat keadaan di Gaza terus bergolak kerana masing-masing masih tidak mahu mengalah. Israel yang sememangnya angkuh, terus menerus menggunakan kuasa mereka untuk menguasai bumi Palestin dan berusahan untuk menumpaskan pejuang-pejuang Palestin dan orang awam. Manakala perbalahan sekian lama berlaku antara Hamas dan Fatah turut memburukkan lagi keadaan di wilayah bergolak itu.

SERANTAU MUSLIM merasakan kehidupan penduduk di sana harus berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

SERANTAU MUSLIM menyarankan kepada pihak-pihak tertentu agar tidak memburukkan lagi keadaan dengan memberi bantuan terhadap Israel untuk mendapatkan lebih banyak bahan api tetapi mereka sepatutnya bekerjasama dalam menangani perbalahan yang berlaku.

SERANTAU MUSLIM amat berharap lebih ramai pihak yang bersedia membantu seluruh penduduk Islam di Gaza agar kehidupan mereka lebih terjamin dan sejahtera.

[Layari untukmupalestin.com, Tabung Kemanusiaan Palestin Serantau Muslim, akaun Maybank, 5641 0042 3099].

‘Persaudaraan Rentas Sempadan’

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM