2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 06 DISEMBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”KERISAUAN MENTERI AGAMA MYANMAR PERLU MEMBAWA KEPADA PEMURNIAN ETNIK” font_container=”tag:h1|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM melihat kerisauan Menteri Agama Myanmar, Thura Aung Ko adalah tidak berasas kerana ia sepatutnya membawa kepada penyelesaiaan konflik yang berlaku disebabkan perbezaan entik dan agama, bukannya menambahkan isu ke arah yang menimbulkan lagi konflik.

SERANTAU MUSLIM merasakan tindakan Aung Ko yang mempersoalkan tentang pertambahan populasi etnik Rohingya kerana mengamalkan poligami tidak harus wujud kerana masing-masing membawa pegangan agama tersendiri.

Setiap agama bebas mengamalkan budaya hidup tersendiri selagi mana ia tidak bertentangan dengan panduan agama, namun harus diingat setiap agama yang benar mengajarkan perdamaian antara satu sama yang lain bukannya mewujudkan permusuhan.

Dalam isu ini, SERANTAU MUSLIM melihat penganut agama Buddha sedaya upaya menimbulkan pelbagai isu yang berkaitan etnik Rohingya kerana mereka khuatir dengan jadual penghantaran pulang etnik tersebut pada tahun hadapan, iaitu kurang dari sebulan sahaja lagi. Mereka gusar kehadiran pelarian Rohingya akan mendominasi negara mereka.

Pertikaian yang diusulkan penganut agama Buddha di Myanmar juga harus mempunyai asas yang kukuh kerana mereka tidak wajar membezakan perkahwinan monogami yang diamalkan mereka kerana kaum wanita di negara mereka mempunyai jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa tetapi nasib kaum wanita yang menjadi pelarian Rohingya pula sebaliknya.

Kaum wanita etnik Rohingya terumbang-ambing kerana tiada jaminan khusus daripada pihak berkuasa dan mereka perlu mendapatkan sokongan yang kuat daripada suami mereka untuk meneruskan kehidupan walaupun berada dalam keadaan sukar. Jika mereka sendirian, tahap keselamatan mereka mungkin tidak terjamin kerana kehidupan sesak di kem pelarian mungkin membawa kepada masalah pelacuran dan kes rogol.

Dalam pada itu, SERANTAU MUSLIM berharap Menteri Agama Myanmar dapat menggunakan kuasa yang dimiliki sebaik mungkin untuk membawa kepada pemurnian antara entik bukanya mencetuskan pelbagai kontroversi dengan niat menghalang penghantaran semula etnik Rohignya ke Myanmar.

SERANTAU MUSLIM juga mengharapkan kerajaan Myanmar yang turut dianggotai Aung San Suu Kyi agar dapat meleraikan perbalahan yang wujud ini bagi membawa kesejahteraan antara kepelbagaian kaum yang berada di bawah pemerintahan mereka.

Persaudaraan Rentas Sempadan

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]