2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

Kenyataan Media 03 Julai 2018

Kenyataan Media SERANTAU MUSLIM
3 Julai 2018 | SERANTAU MUSLIM Puji Sikap Negara Jordan dan Seru Dunia Berganding Bahu Salur Bantuan Serta Tingkatkan Usaha Selesaikan Konflik Di Syria

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) melahirkan rasa sedih terhadap nasib rakyat Syria yang terpaksa menjadi pelarian ekoran dari insiden yang berlaku di tanah air mereka.

Pertempuran di Syria dilihat semakin mengganas selepas disokong dengan tentera udara Rusia. Kini, sekurang-kurangnya 15 orang awam terkorban ketika serangan udara dilancarkan. Tidak habis dengan itu, rakyat Syria harus berdepan dengan krisis kemanusiaan yang memerlukan bantuan komuniti dunia bagi menyalurkan bantuan keperluan kepada mereka.

Laporan media 1 Julai melaporkan bahawa tentera Jordan telah menghantar bantuan kemanusiaan rentas sempadan kepada penduduk Syria yang melarikan diri ketika Damsyik. Menurut jurucakap kerajaan, Jumana Ghanimat, bantuan berupa makanan dan air minuman telah diagihkan ke wilayah Daraa melalui bandar Ramtha di Jordan.

SERANTAU MUSLIM memuji sikap negara Jordan yang menerima pelarian Syria disamping memberikan keperluan asas seperti makanan dan minuman kepada mereka. Diharap semua
komuniti dunia yang lain tidak berdiam diri dengan keadaan penduduk Syria yang begitu memerlukan perhatin dan bantuan.

SERANTAU MUSLIM juga menggesa badan kuasa dunia dapat meleraikan keganasan di Syria agar penduduk awam yang lain tidak turut terbabit dalam konflik pihak berkuasa di wilayah berkenaan dan berharap penduduk Islam di seantero dunia terus berdoa untuk kesejahteraan rakyat Syria.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor Pengurus Besar Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM