2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

KEMEWAHAN YANG MEMAKAN DIRI SENDIRI

Seringkali kita diperdengar dengan kisah mengenai kekayaan yang terlalu banyak dimiliki oleh Qarun sehingga menjadikannya seorang yang takbur dan riak dengan harta kepunyaannya itu.

Beliau pada mulanya hanyalah seorang pemuda miskin yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia sehingga menjadi di antara pengikut setia Nabi Musa dan turut mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.

Kepayahan hidupnya yang berterusan menjadikan Qarun nekad untuk membuat perubahan lantas meminta agar Nabi Musa mendoakannya supaya terhindar daripada segala kesusahan hidup di dunia dan mendapat kemewahan yang selama ini diidamkan olehnya.

Malahan, Qarun juga berjanji kepada Nabi Musa bahawa segala kesenangan yang dimilikinya ini tidak akan menjadikan dirinya jauh daripada Allah tetapi akan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah.

Berkat daripada doa daripada Nabi Musa itu, Qarun dikurniakan harta kekayaan yang melimpah ruah sehingga mengalahkan golongan bangsawan ketika itu.

Kemewahan yang dimiliki olehnya itu telah menjadikan Qarun seorang yang sombong dan suka bermegah dengan hartanya itu sehingga mengakibatkan dirinya lupa dengan janji yang diberi kepada Nabi Musa.

Kisah keangkuhan Qarun ini ada diceritakan secara terperinci di dalam Surah al-Qasas, ayat 76 hingga 82. Maksudnya :

“Sesungguhnya Qarun termasuk daripada kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya pembendaharaan harta dan kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat.

Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya, “Janganlah engkau terlalu bangga. Allah Taala tidak menyukai orang yang membanggakan diri.” (Al Qasas 28:76)

Sifat ketamakan dan keangkuhan Qarun terhadap kemewahan dimilikinya ini menjadi ikutan kepada pengikut-pengikutnya yang terlalu obses dan memuja dirinya itu.

Mereka menganggap bahawa Qarun mendapat kekayaan itu hasil daripada usaha Qarun sendiri. Perbuatan mereka yang terlalu memuja segala perbuatan Qarun ini adalah satu peringatan daripada Allah bahawa pangkat dan kedudukan yang diberi merupakan salah satu bentuk ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan hamba-hambanya.

Qarun akan memerintahkan pengikut-pengikutnya yang setia kepadanya untuk membawa kesemua kunci-kunci gudang yang menjadi tempat Qarun menyimpan segala kemewahan dengan bertujuan untuk memperagakan hartanya kepada orang ramai.

Melihat akan segala kesenangan dan harta yang dimiliki Qarun ini, terdapat segelintir daripada orang ramai menginginkan sedikit daripada kemewahan Qarun itu. Maksudnya :

“Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dengan kemegahannya. Orang-orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata,

“Mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar.” (Al Qasas 28:79)

Maksudnya : “Tetapi orang-orang yang diberi ilmu berkata,

“Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala Allah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, dan pahala yang besar itu hanya diperoleh oleh orang-orang yang sabar.” (Al Qasas 28:80)

Akibat daripada keangkuhan dan kemungkaran Qarun serta para pengikutnya itu kepada Allah, maka kesemua mereka itu bersama-sama harta kekayaan yang bangga serta sanjungi itu telah ditenggelamkan ke dalam bumi.

Maksudnya : “Maka Kami benamkan dia bersama-sama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan yang akan menolongnya selain Allah dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.” (Al Qasas 28:81)

Kisah Qarun serta pengikutnya ini boleh dijadikan teladan kepada kita semua agar tidak mudah untuk takbur dan riak terhadap segala kemewahan yang dipinjamkan oleh Allah kepada manusia.

Selain itu, kisah ini juga memberi cerminan serta akibat yang boleh berlaku kepada manusia yang tidak bersyukur dan menggunakan harta itu secara salah.

Bukan itu sahaja, kisah ini turut menunjukkan bahawa jika manusia tidak terlalu memandang akan kekayaan dunia, golongan ini akan dilindungi daripada azab yang pedih malahan akan mendapat pahala yang baik.

Maksudnya : “Dan ingatlah juga, tatkala Tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim 14:7)

Kita bersyukur umat Nabi Muhammad saw ditangguhkan hukuman ke akhirat kalau tak, tak tahu apa dah jadi dengan kita sekarang. Jangan kita jadi seperti Qarun, mari kita infaqkan sedikit rezeki kita ke jalan Allah swt. Jom infaqkan harta bersama Serantau Muslim.

Kami, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim mampu melunaskan hasrat dan impian Tuan/Puan yang berkeinginan untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah di negara luar yang memerlukan seperti di India, Asia Tenggara atau Afrika Timur.

Dengan hanya serendah RM350.00/bahagian, hajat Tuan/Puan untuk menolong saudara seagama kita yang tidak berkemampuan untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah ini boleh tercapai.

Marilah kita bersama-sama untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah melalui Serantau Muslim.

Layari terus link di bawah atau klik pada gambar di bawah.
http://bit.ly/2KtQIvK
http://bit.ly/2KtQIvK

sebarang pertanyaan, boleh ajukan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan kami dengan menghubungi/Whatsapp di talian +60108659407.