2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

Kembara Prihatin : Malang Tidak Dapat Ditolak, Mujur Tidak Dapat Diraih

[vc_row css=”.vc_custom_1534302449228{background-color: #ff99b0 !important;background-position: center !important;background-repeat: no-repeat !important;background-size: cover !important;}”][vc_column][vc_custom_heading text=”MALANG TIDAK DAPAT DITOLAK, MUJUR TIDAK DAPAT DIRAIH.” font_container=”tag:h2|font_size:30|text_align:center|color:%23e2488b” google_fonts=”font_family:Aladin%3Aregular|font_style:400%20regular%3A400%3Anormal”][vc_column_text]Pada kali ini, crew SERANTAU MUSLIM masih meneruskan misi Kembara Prihatin di Melaka. Pada hari jumaat  jam 6.30 p.m. Crew kami pada kali ini terus ke Kampung Permatang Pasir, Alai untuk bertemu Puan NoorZida binti Mohd Noor. Noorzida atau dikenali sebagai Puan Zida sudah biasa dengan kehidupan susah yang telah dialaminya. Baginya, dugaan itu masih mampu ditanggungnya walaupun agak perit. Mungkin ini semua terjadi adalah hikmah yang terbesar bagi Puan Zida.

Puan Zida hidup bersama suami dan dikurniakan cahaya mata. Walaupun hidupnya bagai kais pagi makan pagi namun Puan Zida tetap bahagia bersama keluarga tercinta. Sebagai ketua keluarga dan suami yang bertanggungjawab, suami Puan Zida  untuk bekerja dan menyara keluarganya dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan menanggung dua orang anaknya yang masih bersekolah rendah dan membiyaai kos rawatan Puan Zida yang menghidap penyakit jantung membengkak yang memrlukan rawatan susulan sebulan sekali. Oleh itu,  Puan Zida tidak mampu untuk meneruskan tanggungjawabnya untuk melakukan kerja-kerja yang berat dan boleh memudaratkan kesihatannya sendiri[/vc_column_text][vc_gallery interval=”3″ images=”2181,2180″ img_size=”large”][vc_column_text]Malang tidak dapat ditolak, mujur tidak dapat diraih. Begitulah yang dihadapi oleh Puan Zida bersama keluarganya. Dengan kehidupan serba kekurangan malah ditimpa lagi dengan dugaan dalam hidupnya. Tuan Rumah bagi kediaman yang diduduki oleh Puan Zida pula mahu memakai rumah tersebut.

Mahu tidak Mahu Puan Zida dan sekeluarga terpaksa berpindah ke kawasan baharu yang telah dicari olehnya. Menurut Puan Zida, dia terpaksa berpindah dan perlu membayar duit muka bagi rumah yang akan didudukinya seterusnya. Dimanakah lagi puan zida dan suami mahu mencari wang lebih untuk urusan pemindahan tersebut. Tidak lain tidak bukan hanya sekadar bergantung beban tersebut terhadap suami Puan Fida.[/vc_column_text][vc_column_text]Kami (SERANTAU MUSLIM) bersimpati atas nasib Puan Zida sekeluarga dengan memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga mereka. Tidak lupa juga, Puan Zida pernah menyatakan pernah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebanyak RM200 dan ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban dibahu.

Diharapkan agar masyarakat prihatin terhadap saudara semuslim kita yang memerlukan. Tuan puan yang mahu bersama kami dalam membantu mereka yang memerlukan boleh terus hubungi kami di 0108569407. Semoga segala usaha kita bersama didunia ini diberkati di akhirat kelak. Tuan dan puan juga boleh menghulurkan sumbangan melalui account maybank kami iaitu 564100421083 / bank islam : 08086020134552.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]