2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

KEAMANAN DICAPAI SELEPAS ISRAEL BERUNDUR DARI PALESTIN

RAMALLAH – Pemimpin Palestin, Mahmud Abbas semalam menyatakan hanya pengunduran Israel dari wilayah yang didudukinya boleh membawa keamanan di Asia Barat selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain menandatangani persetujuan untuk menormalkan hubungan dengan negara Yahudi itu.

“Keamanan dan kestabilan tidak boleh dicapai di wilayah itu sehingga pencerobohan Israel berakhir,” katanya menerusi satu kenyataan setelah persetujuan tersebut ditandatangani di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Bahrain, UAE meterai hubungan rasmi dengan Israel

afp

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menandatangani persetujuan untuk menormalkan hubungan dengan UAE dan Bahrain di Rumah Putih Washington, Amerika Syarikat (AS) semalam yang menyaksikan Presiden AS, Donald Trump menjadi orang tengah.

Pemimpin Israel itu menandatangai persetujuan berkenaan bersama Menteri Luar UAE, Abdullah bin Zayed Al Nahyan dan Menteri Luar Bahrain, Abdullatif al-Zayani bersama dengan Trump.

Sumber: Sinar Harian