2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KAPAL TANGKI MINYAK TERBAKAR, 7 MAUT

MEDAN – Penyelamat menemui sekurang-kurangnya tujuh mayat yang rentung dalam beberapa siri letupan dan kebakaran di sebuah kapal tangki minyak di Indonesia semalam.

Pihak polis berkata angka kematian mungkin meningkat kerana berpuluh mangsa lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam kapal Jag Leela sepanjang 250 meter itu di pelabuhan Belawan, Sumatera Utara.

Anggota bomba yang menaiki bot berusaha berjam lamanya bagi memadamkan api di atas kapal didaftarkan di Indonesia itu, yang berada di dermaga untuk dibaiki.

Jurucakap polis tempatan, MP Nainggolan, mangsa yang maut adalah antara yang terperangkap dalam kebakaran dan tidak tahu jalan keluar.

Ujian DNA dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa yang rentung terbakar termasuk dua beradik manakala sebahagian anak kapal masih hilang.

Kakak mangsa, Tina Siregar, berkata dua adiknya itu bekerja membaiki kapal tangki terbabit dan berada di lokasi ketika kebakaran berlaku.

Kebakaran yang belum diketahui puncanya itu turut mencederakan 22 orang.

Sumber: Berita Harian