2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KADAR PENGANGGURAN DI GAZA CECAH 70 PERATUS AKIBAT SEKATAN ISRA.EL

GAZA, 20 Feb – Kadar pengangguran dalam rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 70 peratus susulan sekatan berterusan rejim Israel, demikian menurut kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Popular Bagi Mengakhiri Kepungan Gaza kelmarin.

“Sekatan ini berterusan selama 13 tahun memberi kesan terhadap peningkatan kadar pengangguran,” kata pengerusi jawatankuasa itu, Jamal al-Khodari.

Xinhuanet

“Penutupan bengkel, kilang dan premis komersial menjadi kebiasaan di Gaza dan menyebabkan 300,000 orang hilang kerja dan puluhan ribu graduan tiada harapan,” katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata situasi itu cenderung menjadi lebih teruk akibat kepungan Israel, sambil menggesa “penyelesaian yang rasional untuk meringankan krisis, melalui sokongan projek di luar dan membuka pasaran asing dan Arab”.

“Kunci utama untuk meningkatkan prestasi di kilang dan syarikat adalah dengan mengurangkan pengangguran dan menamatkan kepungan, membuka sempadan yang menghubungkan Tebing Barat dengan Gaza, yang mana mampu memacu semula ekonomi, membenarkan keluar masuk eksport Gaza dan akses percuma kepada barangan dan rakyat,” kata kenyataan itu.

Gaza dikepung rejim Israel selepas Hamas menguasai wilayah itu daripada Fatah yang dipimpin Presiden Mahmoud Abbas pada 2007.

Dalam dekad yang lalu, Israel dan Hamas terbabit dalam tiga peperangan besar yang meragut ribuan nyawa penduduk Palestin dan Israel.

Sumber: AlHijrah Online