2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ISU PENYEKSAAN ETNIK UIGHUR CUBA DIBAWA KE ICC

THE HAGUE – Beberapa peguam yang berjuang untuk membawa kes penyeksaan China ke atas etnik Uighur semalam berkata mereka sedang mengumpulkan maklumat sebelum menyerahkannya kepada pihak pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada awal tahun depan.

Ketua Pendakwa Raya ICC, Fatou Bensouda awal bulan ini menolak permintaan daripada penduduk etnik itu yang hidup dalam buangan di luar China bagi menyiasat Beijing berhubung tuduhan ia melakukan pembersihan etnik dan jenayah menentang kemanusiaan.

Pejabat Bensouda berkata dalam satu laporan pada Isnin lalu bahawa ia tidak mampu untuk bertindak kerana perbuatan tersebut didakwa berlaku di wilayah China.

Ini adalah kerana Beijing bukannya penandatangan ICC yang mengasaskan Statut Rom.

Namun, seorang peguam, Rodney Dixon berkata, sepasukan peguam kini sedang mengumpulkan maklumat daripada negara anggota ICC yang lain.

“Untuk menjadikan lebih mudah, jika terdapat seseorang ditangkap di Tajikistan secara tidak sah oleh beberapa pegawai China dan kemudian memaksanya memasuki sempadan ke sebuah pusat tahanan dan seterunya diseksa.

“Jadi, tindakan pertama ialah penangkapan tersebut berlaku di dalam negara anggota ICC,” jelasnya di luar mesyuarat tahunan anggota-anggota ICC.

Katanya, ia adalah bukti yang kami sedang kumpulkan untuk menunjukkan di mana jenayah tersebut berlaku atau berakhir iaitu di dalam negara anggota ICC.

China sebelum ini menyatakan bahawa tuduhan ia menyeksa etnik Uighur adalah tidak berasas dan menjelaskan bahawa wilayah Xinjiang di barat laut negara berkenaan hanyalah sebuah pusat latihan pekerjaan bertujuan untuk menjauhkan penduduk daripada terlibat dengan aktiviti keganasan.

Sumber: Sinar Harian