2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

ISR@EL HANCURKAN FORMULA PENYELESAIAN DUA NEGARA

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyelar Israel kerana menghancurkan cadangan Penyelesaian Dua Negara dengan tindakan menyebabkan rakyat Palestin terpaksa menuntut hak yang sama dalam satu negara terdiri dari Israel, Tebing Barat dan Gaza.

Berucap semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menerusi pautan video dari Tebing Barat, Mahmoud, 85, menggesa komuniti antarabangsa supaya bertindak menyelamatkan formula yang menjadi landasan diplomasi bagi konflik Israel-Palestin selama beberapa dekad.

Menurut beliau, Israel ‘menghancurkan prospek penyelesaian politik berdasarkan solusi dua negara’ melalui penyelesaian di Tebing Barat yang dijajah semasa perang Asia Barat 1967.

Sedangkan ketika itu, sebilangan besar negara memandang penyelesaian itu sebagai tindakan haram.

“Sekiranya Israel terus mempertahankan realiti satu negara apartheid seperti yang berlaku hari ini, rakyat Palestin dan seluruh dunia tidak akan bertolak ansur dengan situasi tersebut.

“Penduduk Palestin perlu diberikan hak politik yang sama dalam satu negara. Dalam semua kes, Israel perlu membuat pilihan,” katanya.

Pengkritik berpandangan perpecahan dalaman di Palestin turut menyumbang kepada kebuntuan dalam proses rundingan damai yang ditaja Amerika Syarikat (AS), yang akhirnya musnah pada 2014.

Dalam pada itu, Mahmoud turut memberi tempoh selama setahun kepada Israel untuk keluar daripada wilayah yang diduduki di Tebing Barat, Gaza dan Jerusalem Timur atau tidak akan mengiktiraf negara Yahudi berdasarkan sempadan sebelum 1967.

“Jika persefahaman ini tidak dicapai, mengapa mempertahankan pengakuan Israel berdasarkan garis sempadan 1967? Kenapa mengekalkan pengiktirafan ini?” soal Mahmoud.

Walaupun sebilangan rakyat Palestin dan Israel menyokong gagasan negara tersebut, kebanyakan pakar berbeza pandangan bagaimana bentuk entiti itu serta bagaimana ia akan ditadbir.

Sebilangan besar penganalisis berpendapat, keadaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana faktor agama, politik dan demografi.

Hal ini kerana, negara haram Israel memandang konsep satu negara sebagai merosakkan hakikat sebuah ‘negara’ Yahudi yang bebas.

Sumber: Utusan