2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
2041262f-dbc6-42c3-b3e0-e70bce0a3091.jpg
Info Semasa

Israel tutup kawasan berhampiran Gaza

JENIN: Pihak tentera Israel menutup kawasan berhampiran sempadan Gaza kepada orang awam hari ini, dengan menggunakan alasan ia sebagai risiko tindak balas.

Menurut sumber tentera dan Palestin, ia susulan penahanan dua anggota kanan Jihad Islam Palestin dengan salah seorangnya dibunuh.

Sebelum ini, seorang warga Palestin berusia 17 tahun ditembak mati oleh tentera Israel semasa serbuan, semalam, di daerah Tebing Barat di Jenin.

Jihad Islam mengenal pasti remaja disifatkan sebagai syahid mereka itu sebagai Dirar al-Kafrayni, dan adalah ahli kumpulan terbabit.

Menurut tentera, mereka menjalankan operasi bersama polis, yang menangkap dua suspek didakwa sebagai pengganas dikehendaki.

Sumber keselamatan Palestin, yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu AFP bahawa salah seorang yang ditahan ialah Bassem al-Saadi, seorang tokoh kanan dalam sayap politik Jihad Islam di Tebing Barat.

Menurut sumber Palestin, Saadi dilaporkan cedera disebabkan serangan anjing tentera ketika tahanan.

Sumber itu mengenal pasti orang kedua yang ditahan ialah menantu Saadi, seorang pengumpul dana yang berpangkalan di Jenin untuk kumpulan militan itu.

Menurut tentera Israel, pihaknya menghalang akses orang awam ke kawasan berhampiran Gaza kerana ancaman secara langsung.

“Selepas aktiviti pengganas dikenal pasti melalui pertubuhan pengganas Jihad Islam Palestin, kami memutuskan untuk menyekat kawasan dan laluan bersebelahan dengan pagar keselamatan Semenanjung Gaza,” katanya melalui kenyataan.

Israel juga menutup satu-satunya laluan sempadannya untuk penduduk yang memasuki atau meninggalkan Gaza, manakala menurut kerajaan, Perdana Menteri, Yair Lapid sedang mengkaji semula tahap keselamatan.

Sementara itu, penyokong menyuarakan solidariti terhadap Jihad Islam dengan berkumpul di kem pelarian Jenin dan bandar berdekatan Nablus, selepas berita mengenai serbuan maut itu tersebar.

“Kami mengisytiharkan tahap waspada dan meningkatkan kesediaan mujahidin (pejuang) kami,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan lewat semalam.

Sumber: Berita Harian